Monday, March 28, 2011

.........sabar

Kesabaran itu ada tahapnya, pabila sabar yang mengunung seringkali di anggap satu kelemahan diri, maka diri senang saje di perkotak katik kan tanpa perasaan.
Lupa agaknya dalam tubuh manusia itu terletaknya sekeping hati yang bernadikan perasaan. Perasaan juga tidak semestinya riang gembira selalu.
Kesabaran yang mulanya dibajai disirami dengan air perigi nan sejuk boleh saja menjadi panas mendidih melahar bila disinggahi oleh panahan mentari.

Wahai hati......bersabar lah....beristighfar lah demi mencari kedamaian jiwa.
Wahai hati...tenanglah...

Sunday, March 20, 2011

Tepunya

Hati meronta nak menaip tapi serba tak kena je dari tadi. Last sekali tak tahu nak luahkan apa hari ni...adehhhh. Ni kepala da tahap tepu gaban agaknyer.

Ermmm....betul lah...semuanyer berpunca dari kefala hutak ku hari ini dipenuhi dengan pelbagai perisa. Masam...manis...kelat...pedas.....payau!!!????.

Pernah tak korang berhadapan dengan perasaan macam ni?. Sampai tak tahu mana satu nak didahulukan.. Biasanya aku tinggal je semua.....aku layan mata.....errmmmm bukan tido ok.... Membaca jalan terbaik bagi diri ku ini...hehhee...
Sekian wassalam....

Saturday, March 19, 2011

Maaf kerana......




Boleh kah memafkan kesalahan seperti ini?
Tergamakkah meminta maaf setelah membuat orang jatuh cinta?
Sanggupkah......
Mengapa.....
errrmmmm............

Syukur

Lately ni asik terima panggilan yg tidak dikenali jerr...yang akhirnya akan berkata ''maaf sya tersilap nombor''.

Juga manghadapi 2 kejadian ..insiden....malapetaka...erkk boleh ke guna ayat tu?.
~Cermin kete kena pecah dan 1 bag dokumen hilang.
~ Sondol kete orang.
Errmmmm???

Ada juga bencana2 lain..tapi rasanya tidak lah seteruk apa yang dah menimpa kawan kita di jepun sana.
So....aku kena terima ...kena telan apa jua masalah...kerana...wlau macam mana pun kita lari...tak suka dengan masalah, masalahnya....MASALAH akan tetap datang menziarahi kita.

Syukur masih dapat menikmati NIKMAT tuhan...masih bernafas, wlau pelbagai masalh menimpa,segalanya penuh dengan HIKMAH. hanya  DIA yg maha mengetahui sekalian alam.


Alahamdulillah.....syukur...

Friday, March 18, 2011

Saje menulis....

GAGAL
Orang yang tidak bangkit pabila jatuh.

BERJAYA
Orang yang bangkit semula pabila jatuh.

PANDAI
Orang yang bijak meluaskan peluang dalam hidupnya.

MALAS
Orang yang tidak mahu bertindak.

EGO
Orang yang akan kehilangan segalanya kerana keegoannya.
Orang yang hidup dalam dunianya sendiri.
Merasakan dirinya sentiasa betul.
Ermmmm.....teruskanlah ego tu kalau mahu rasa kehilangan orang tersayang!!


Sekadar coretan,tiada kaitan dengan sesiapa.


Makan,makanan,pemakan,pemakanan.....(errmmm....tak tahu nak letak tajuk)

Semua orang suka makan....ermm semua ke?. Ya, memang tak semua tapi aku kategori pemakan(kuat makan). Dari kurus keding masa remaja hingga ke hari ini badan kejap naik...kejap turun....memang suka mencuba apa je makanan.

Menjadi lebih seronok...my kecintaan pun lebih kurang sama je dengan aku. Suka manjakan aku dengan apa je makanan yang aku gemari. Dari seafood hingga ke Mediterranian food...semua dia layan dengan kehendakku. Ini bukanlah menunjukkan aku seorang yang suka makan sampai tak henggat!!!. Masih berpada-pada....cuma aku jenis suka mencuba apa jua jenis masakkan. Rasanya tak salah kan.....sekurang-kurangnya aku membantu ekonomi para pekedai serta restoran yang ada.








Dulu aku suka mencuba pelbaga resepi...juga mengubah suai resepi yang ada hehehee.... Adik2 aku lah orang paling gembira, dapat merasa resepi baru. Kini aku dihambat dek kerja yang membuatkan dapur ku tidak berasap...hahaha....


Adik ku yang kedua pun punya kepandaian tersendiri. Dia lebih kepada bakery. Terkejut juga melihat kehebatannya membuat pelbagai jenis kek. Kek kawin, bday kek, cupcake,muffin.handmade choc...ermmm macam2 lah....Huhhh....dulu nak ke dapur pun malas. Ikan kembung pun dia tak kenal mana satu.











Ni contoh yang telah dihasilkan dari tangan adikku....bangga nihhh...hehe..., sedap tau seyes!!

Masa itu.............

''maaf...sya tak ada masa''
~ Allah dah beri kita masa 24jam, mengapa kita perlu merungut atau membuat alasan tiada masa?
''tak terkejar masa.....penatnyerr..''
~ Kita tak mampu mengejar masa, hanya mampu isi atau imbas semula apa yang dah kita isi dalam masa2 yang lepas.
''kalau la aku boleh undurkan waktu(masa)''
~ ahhh.....jangan nak merepek lah.....
''masa itu emas''
~ yeke? errmmm....aku rasa masa tu lebih mahal dari emas.


kedai mamak ~ ihsan google
Kalau korang rasa 24jam tu tak cukup, aku sarankan korang pi cari kedai mamak 25JAM. Ada lebih 1jam lagi....hahhh!! 25jam???? erkkkk........lalu dengan tak malunyer aku pun bertanya...
''mana awak letak 1jam lagi tu?''
'' awak nampak itu dinding sana''. seraya dengan pantas ku menoleh mengikut telunjuk jari tangan sedepanyer itu.


arrow pengganti tangan mamak...sb tak tergamak nak tunjuk tangannyer yg ber***u tu...





yerr....dinding...ermmm
''kenapa dengan dinding tu?''
'' awak nampak itu jam besar''
yerr jam...aku nmpak...

~ nak main teka teki ke....suspen betul
''yer saya nampak jam tu....tapi kenapa?''
'' 24jam tambah itu jam besar jadi 25jam lah.....''.






@%*##^!!#~^$$???%#@@&*.........




~ erkkkkkkkk.....no komen!!!







Tuesday, March 15, 2011

Menyibukkan diri + letih = mencutikan diri sendiri!!!!

Lama tak mencoret hanya sekadar menjengah, itu pun tak lama. Aku dilanda kesibukan yang ntah apa2...hehe..ishkkk macam tak ada matlamat je kan. Ermm...betul ni...sungguh....cuba menyibukkan diri agar terlepas dari godaan fikiran yang terlampau ( wahhh....ayat macam tak hengatt ). Andai kita cuba mengalih fokus ke tempat lain....nescaya diri ni dilindungi daripada masalah OTAK yang tak pernah berhenti dari terus terusan berfikir yang bukan2.
Perkara pertama:

mini ofis kat umah

~ Mata,telinga, semuanya fokus tahap maksimum pada keje untuk sampai ke matlamat yang di impikan. Kadang2 fokusnya agak lari jgak ler.....lari ke Facebook! adehh....

tapak karnival

~ Melawat tapak Karnival Keusahawanan....meriah betul. Masing2 tak lepaskan peluang mempromosikan produk yang dibawa. Hingar bingar suara tuan tapak penyewa berteriak untuk mencuba menarik pelanggan. ...tudung2!!!...kopi!!!....susu segar!!!....mee goreng!!!...hah?? mee??? erkkkk...silap....penjual mee relak je tak jerit2...sebab sibuk menggoreng so tak sempat nak beradu suara. Aku....hanya mampu berdiri memerhati gelagat orang....,aku....setia berdiri dibawah khemah 20x10 yang telah ku sewa! hehe... Sibuk melayan dan meng consult orang yang menghampiri khemah ku untk mendapatkan keterangan tentang kesihatan kerana aku dan rakan ku Ima membuat kaji selidik kesihatan wanita masa kini...wahhhhh bunyi macam hebat je kan......hahaha....


saje nak interframe
~ Cuba melarikan diri sebentar demi menjaga...errmmmmmm...jaga apa ek? jaga kapla yang hampir penuh dek mengkejekan diri sendiri...hahhaa...ada plak ayat macam tu. Pape lah...asalkan aku boleh refreshkan tubuh badan serta kapla hutak ku ini...hihi..tapi nak pi mana??? uhhhhh.....jalan je lah....

lawanyer baju putih ni errrkkkk.....

~ Jalan2 cari baju nikah oppppssssssssss......takdelah..baju biasa2 je....ehemmm....hihi


macam best jerr kannn...

~ Mencutikan diri... yeayyy!!!!..., uishhhh...kemana tu cik ita? biarlah rahsia...hahaha....