Friday, August 12, 2011

Puasa vs Puaskan Perut


Perbincangan aka perancangan menu berbuka amat lah hebat. Berlaku di tempat kerja...sesama jiran...di TV...di Facebook!!.. Huh...pastinya menu yang luar biasa hebat akan disediakan...tiap2 hari jika boleh.



Masa ini juga lah pelbagai resepi baru mahupun turun temurun akan di cuba. Tambahan pencuci mulut yang pelbagai ( bulan2 lain tak pula ada pencuci mulut...pencuci tangan adalah..hehe...). Akhirnya...nah!!! penuh 1 meja yang kadangkala hanya dikelilingi oleh 3 @ 4 orang saje. Apa nasib makanan yang berlebihan tu yek...hurmmm kasihan nasi tu...ehh..silap, kasihan pesawah padi yang membanting tulang mengerjakan sawah seharian demi sesuap nasi. Apa agaknya menu mereka waktu berbuka mahupun dihari2 yang lain?




Teringat tahun lepas, aku dan beberapa rakan ber konvoi 14 kereta membuat sedikit huluran tangan ( charity program ) kepada 13 keluarga yang telah kami pilih di daerah Batu Pahat dan sekitar Johor Baharu.




Beginilah keadaan rumah yang didiami oleh seorang nenek yang berkeadaan buta sebelah mata.
   
Inilah nenek tu...hiba dengan kedatangan kami.
 
2 daripada 5 beradik....
~sicomel ini membuat aku berat melangkah meninggalkan rumahnya.....
~sicomel yg sentiasa tersenyum tanpa mengenal erti keliling....
~difahamkan hanya makan bubur nasi jika tiada apa yg hendak dihidangkan...
.
 
...Si ibu menghidapi barah payu dara
 manakala anak lelakinya pula disahkan lekumia. 
Si bapa bekerja tidak tetap kerana masalah kesihatan juga..masya'allah....


Nenek ni pun tinggal seorang diri. Wajahnya yang ceria menghiburkan hati kami. Sepatutnya kami yang perlu menghiburkan dirinya.


Masih teringat lagi kunjungan kami ke rumah keluarga yang ke 8, terlalu terbuai dgn seisi keluarga ini hingga berat untk merakamkn gmbar...rasanya tidak sampai hati. 5 org anak dan seorang telah diberi kpd org lain, melihat pada pakaiannya anak2nya saje buat kami faham akan kesusahannya. Sibapa pula bakal diberhentikan kerja...entah tak pasti kenapa...

Malam itu aku asyik terkenangkan wajah2 insan yang dikunjungi siangnya. Hati ini berdetik......walau seharian berpanas ber konvoi menerjah rumah ke rumah, tak pula merasa kehausan..lapar..penat...,bagai terlupa hari itu hari berpuasa. Sejak itu juga aku tidak merancang menu berbuka yang luar dari kebiasaan atau terlebih2. Jika ada pun hanya tambahan permintaan dari seisi keluarga yang semakin besar dengan ipar duai.

AMARAN!!
"Mesej didalam nukilan ini ditujukan khas untuk diri sendiri''.






2 comments: