Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini aku sendiri
Ramadhan kali ini aku rasa kehilangan
Ramadhan kali ini begitu banyak perasaan yang dirasai
Sepertinya satu persatu orang baik datang mengelilingi
Kata serta ayat yang indah terhidang
Diri terasa kecil...
 
Mimpi bertandang bagai sebuah cerita
Ke kanan dan kiri cuba mencari ertinya
Pastinya jawapan ada pada diri
Cuma perlu memahami akan kehendak jasad serta hati
Agar tak seterusnya 'haus'

''Pertama kali jumpa...dan selepas itu sering berdoa akan diri kamu..''
 
Subhanallah.....masih ada insan yang ikhlas mendoakan pekara baik serta 
kesejahteraan sedangkan hubungan tidak begitu akrab...
 
Allah Maha Besar...DIA Maha mengetahui sekalian alam
Hati ini mulai segar dan tenang
Kemulian Maha Pencipta yang tersembunyi
Hanya buta mentafsir segala isi
Buta mengejar dunia..

Ramadhan kali ini 
Berdoa agar akan ada pembaharuan juga perubahan yang lebih baik






2 comments:

  1. Akak doakan ita akan bersama teman yg akan sentiasa bersama ita menjalani hidup ini nanti..insyaallah..suka lagu ni!

    ReplyDelete