Thursday, August 18, 2011

'Orang' baru...wahh suka...

Wahh...arini macam tak agak2 plak nak letak game kat blog aku ni....huhu..., sementelah aku ni memang suka melayan game ( game yang mudah2 je..harap maklum ) rasanya boleh lah aku memenuhi ruang blog aku ni.

Tadi pada awalnya aku mem belogwalking jumpa 1 blog ni...try la klik sini. banyak juga la pilihannya cuma tak pasti mengikut kehendak piawaian blogger2 semua atau tidak.

Sekian.wassalam...nak layan 'orang' baru sat..

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini aku sendiri
Ramadhan kali ini aku rasa kehilangan
Ramadhan kali ini begitu banyak perasaan yang dirasai
Sepertinya satu persatu orang baik datang mengelilingi
Kata serta ayat yang indah terhidang
Diri terasa kecil...
 
Mimpi bertandang bagai sebuah cerita
Ke kanan dan kiri cuba mencari ertinya
Pastinya jawapan ada pada diri
Cuma perlu memahami akan kehendak jasad serta hati
Agar tak seterusnya 'haus'

''Pertama kali jumpa...dan selepas itu sering berdoa akan diri kamu..''
 
Subhanallah.....masih ada insan yang ikhlas mendoakan pekara baik serta 
kesejahteraan sedangkan hubungan tidak begitu akrab...
 
Allah Maha Besar...DIA Maha mengetahui sekalian alam
Hati ini mulai segar dan tenang
Kemulian Maha Pencipta yang tersembunyi
Hanya buta mentafsir segala isi
Buta mengejar dunia..

Ramadhan kali ini 
Berdoa agar akan ada pembaharuan juga perubahan yang lebih baik






Friday, August 12, 2011

Puasa vs Puaskan Perut


Perbincangan aka perancangan menu berbuka amat lah hebat. Berlaku di tempat kerja...sesama jiran...di TV...di Facebook!!.. Huh...pastinya menu yang luar biasa hebat akan disediakan...tiap2 hari jika boleh.



Masa ini juga lah pelbagai resepi baru mahupun turun temurun akan di cuba. Tambahan pencuci mulut yang pelbagai ( bulan2 lain tak pula ada pencuci mulut...pencuci tangan adalah..hehe...). Akhirnya...nah!!! penuh 1 meja yang kadangkala hanya dikelilingi oleh 3 @ 4 orang saje. Apa nasib makanan yang berlebihan tu yek...hurmmm kasihan nasi tu...ehh..silap, kasihan pesawah padi yang membanting tulang mengerjakan sawah seharian demi sesuap nasi. Apa agaknya menu mereka waktu berbuka mahupun dihari2 yang lain?




Teringat tahun lepas, aku dan beberapa rakan ber konvoi 14 kereta membuat sedikit huluran tangan ( charity program ) kepada 13 keluarga yang telah kami pilih di daerah Batu Pahat dan sekitar Johor Baharu.




Beginilah keadaan rumah yang didiami oleh seorang nenek yang berkeadaan buta sebelah mata.
   
Inilah nenek tu...hiba dengan kedatangan kami.
 
2 daripada 5 beradik....
~sicomel ini membuat aku berat melangkah meninggalkan rumahnya.....
~sicomel yg sentiasa tersenyum tanpa mengenal erti keliling....
~difahamkan hanya makan bubur nasi jika tiada apa yg hendak dihidangkan...
.
 
...Si ibu menghidapi barah payu dara
 manakala anak lelakinya pula disahkan lekumia. 
Si bapa bekerja tidak tetap kerana masalah kesihatan juga..masya'allah....


Nenek ni pun tinggal seorang diri. Wajahnya yang ceria menghiburkan hati kami. Sepatutnya kami yang perlu menghiburkan dirinya.


Masih teringat lagi kunjungan kami ke rumah keluarga yang ke 8, terlalu terbuai dgn seisi keluarga ini hingga berat untk merakamkn gmbar...rasanya tidak sampai hati. 5 org anak dan seorang telah diberi kpd org lain, melihat pada pakaiannya anak2nya saje buat kami faham akan kesusahannya. Sibapa pula bakal diberhentikan kerja...entah tak pasti kenapa...

Malam itu aku asyik terkenangkan wajah2 insan yang dikunjungi siangnya. Hati ini berdetik......walau seharian berpanas ber konvoi menerjah rumah ke rumah, tak pula merasa kehausan..lapar..penat...,bagai terlupa hari itu hari berpuasa. Sejak itu juga aku tidak merancang menu berbuka yang luar dari kebiasaan atau terlebih2. Jika ada pun hanya tambahan permintaan dari seisi keluarga yang semakin besar dengan ipar duai.

AMARAN!!
"Mesej didalam nukilan ini ditujukan khas untuk diri sendiri''.