Saturday, December 31, 2011

Bangunlah!!!

Semakin lelah menanti...
Melupakannya....tidak mungkin...
Habis sudah kiasan..kata-kata...rangkapan segala.....hati masih disitu.
Hanya padaNYA memohon kuatkan juga tetapkan pendirian.
Mengapa harus bersedih?
Aku tiada hak untuk bersedih!!!
Bangunlahx3..!!!!!!!!!


Monday, December 19, 2011

Lagu baru dari dapur

Ketahuilah sampai masanya kehidupan yang manis itu pasti tiba.
Walaupun bukan didunia, diakhirat sana pasti ada.
Itulah tempat paling adil dan bahagia.

Ermmm....tak tahu kenapa nak post ayat ni...mungkin nak sedapkan rasa dalam hati ni...ya mungkin.
Nikmati hidup ini selagi bernafas.

Lalu aku pun tumpahkan tumpuan ku pada lagu baru iaitu...lagu didapur ku.

Carrot cheese cake

american choc cake

choc cup cake
Tenangnya tengok gambar dari air tanganku....sedap pulak tu...hihihi

Wednesday, December 14, 2011

Owhh...kemana kau menghilang

salam rakanku....
Lamanya tak singgah disini. Banyak agenda yang perlu di bereskan. Paling terbaru manambah perisa baru dalam bisnes aku. Mula terlibat dalam bidang makanan. Hurmmmm...tak sangka selama ini kaum keluargaku semuanya terlibat dalam bidang pemakanan. Ada yang buka restoran di singapore..malaysia. Ada yang buka bakery. Ada yang bisnes dari rumah.

Contoh terdekat...adik yang tak menang tangan mengambil tempahan pelbagai jenis kek yang hanya dijalankan dirumah...secara PART TIME!

Aku mula dengan langkah pertama.....


My choc cup cake

Marry cup cake ~ family recipe
Banana cup cake


Inilah hasilnya...tempahan da berderet ni...huhu



Tuesday, October 11, 2011



Salam semua....
Dah lama rupanya aku tak menjenguk blog ni. Oleh krn terlalu banyak cerita baru.....ni 1 cerita je nak share...
This is my fren punya blog...so cute....http://mahligai-lily.blogspot.com/. try la survey.....


Dia ni my very best fren....wlau berbeza karekter kami sekepala...yelah kan...manusia ni dijadikan tidaklah sempurna, terpulang pada kita untuk mencari kesempurnaan tu di bumi Allah yang luas ni.


Cik lily ni seorang penulis underground. Tak rugi rasanya kalau melawat sekejap blog dia ni....ayat2 nya begitu puitis...juga masyuk la pada aku...ermmm....korang pi la tengok sendiri yer...





Cantik kan gambar ni......ni lah yang korang akan jumpa dalam blog cik lily kita tu....selamat memblog ok...see ya....























Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya yg penuh bermakna...

Kenapa syawal kali ini sangat bermakna buat aku?
Ohh...itu biar Allah saje yang tahu. Rasanya ramai yang berperasaan sama cuma berlainan isi kandungannya.
Yang penting tidak lupa pada insan2 lain yang menjalani syawal dengan serba kekurangan malah ada yang tidak pernah rasa apa itu kemeriahan Aidilfitri. 
Persamaan dengan mereka hanya mungkin....menunaikan solat sunat di pagi raya...bermaafan dan menjamah makanan bersama keluarga...ermmm cuma mungkin tiada ketupat atau lemang atau kuah kacang atau kuih samprit atau air yang menyejukkan tekak!!

Psssttt........Untuk renungan yang menulis entry ni juga ok! SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR BATIN....

Thursday, August 18, 2011

'Orang' baru...wahh suka...

Wahh...arini macam tak agak2 plak nak letak game kat blog aku ni....huhu..., sementelah aku ni memang suka melayan game ( game yang mudah2 je..harap maklum ) rasanya boleh lah aku memenuhi ruang blog aku ni.

Tadi pada awalnya aku mem belogwalking jumpa 1 blog ni...try la klik sini. banyak juga la pilihannya cuma tak pasti mengikut kehendak piawaian blogger2 semua atau tidak.

Sekian.wassalam...nak layan 'orang' baru sat..

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini aku sendiri
Ramadhan kali ini aku rasa kehilangan
Ramadhan kali ini begitu banyak perasaan yang dirasai
Sepertinya satu persatu orang baik datang mengelilingi
Kata serta ayat yang indah terhidang
Diri terasa kecil...
 
Mimpi bertandang bagai sebuah cerita
Ke kanan dan kiri cuba mencari ertinya
Pastinya jawapan ada pada diri
Cuma perlu memahami akan kehendak jasad serta hati
Agar tak seterusnya 'haus'

''Pertama kali jumpa...dan selepas itu sering berdoa akan diri kamu..''
 
Subhanallah.....masih ada insan yang ikhlas mendoakan pekara baik serta 
kesejahteraan sedangkan hubungan tidak begitu akrab...
 
Allah Maha Besar...DIA Maha mengetahui sekalian alam
Hati ini mulai segar dan tenang
Kemulian Maha Pencipta yang tersembunyi
Hanya buta mentafsir segala isi
Buta mengejar dunia..

Ramadhan kali ini 
Berdoa agar akan ada pembaharuan juga perubahan yang lebih baik






Friday, August 12, 2011

Puasa vs Puaskan Perut


Perbincangan aka perancangan menu berbuka amat lah hebat. Berlaku di tempat kerja...sesama jiran...di TV...di Facebook!!.. Huh...pastinya menu yang luar biasa hebat akan disediakan...tiap2 hari jika boleh.



Masa ini juga lah pelbagai resepi baru mahupun turun temurun akan di cuba. Tambahan pencuci mulut yang pelbagai ( bulan2 lain tak pula ada pencuci mulut...pencuci tangan adalah..hehe...). Akhirnya...nah!!! penuh 1 meja yang kadangkala hanya dikelilingi oleh 3 @ 4 orang saje. Apa nasib makanan yang berlebihan tu yek...hurmmm kasihan nasi tu...ehh..silap, kasihan pesawah padi yang membanting tulang mengerjakan sawah seharian demi sesuap nasi. Apa agaknya menu mereka waktu berbuka mahupun dihari2 yang lain?




Teringat tahun lepas, aku dan beberapa rakan ber konvoi 14 kereta membuat sedikit huluran tangan ( charity program ) kepada 13 keluarga yang telah kami pilih di daerah Batu Pahat dan sekitar Johor Baharu.




Beginilah keadaan rumah yang didiami oleh seorang nenek yang berkeadaan buta sebelah mata.
   
Inilah nenek tu...hiba dengan kedatangan kami.
 
2 daripada 5 beradik....
~sicomel ini membuat aku berat melangkah meninggalkan rumahnya.....
~sicomel yg sentiasa tersenyum tanpa mengenal erti keliling....
~difahamkan hanya makan bubur nasi jika tiada apa yg hendak dihidangkan...
.
 
...Si ibu menghidapi barah payu dara
 manakala anak lelakinya pula disahkan lekumia. 
Si bapa bekerja tidak tetap kerana masalah kesihatan juga..masya'allah....


Nenek ni pun tinggal seorang diri. Wajahnya yang ceria menghiburkan hati kami. Sepatutnya kami yang perlu menghiburkan dirinya.


Masih teringat lagi kunjungan kami ke rumah keluarga yang ke 8, terlalu terbuai dgn seisi keluarga ini hingga berat untk merakamkn gmbar...rasanya tidak sampai hati. 5 org anak dan seorang telah diberi kpd org lain, melihat pada pakaiannya anak2nya saje buat kami faham akan kesusahannya. Sibapa pula bakal diberhentikan kerja...entah tak pasti kenapa...

Malam itu aku asyik terkenangkan wajah2 insan yang dikunjungi siangnya. Hati ini berdetik......walau seharian berpanas ber konvoi menerjah rumah ke rumah, tak pula merasa kehausan..lapar..penat...,bagai terlupa hari itu hari berpuasa. Sejak itu juga aku tidak merancang menu berbuka yang luar dari kebiasaan atau terlebih2. Jika ada pun hanya tambahan permintaan dari seisi keluarga yang semakin besar dengan ipar duai.

AMARAN!!
"Mesej didalam nukilan ini ditujukan khas untuk diri sendiri''.






Monday, June 6, 2011

Adakah??? errr...terimalah hakikat wahai cik Ita.

Puas dibelek...ermm....gambar2 ni semua sama la sangat dgn yang mak aku cete semlm. Gambar majlis kenduri kawin. Semalam mak aku pi kenduri  kawin umah my sedara jauh...aku? nape x pi sama? ermmm.....( cari alasan kukuh sat ) xtau la nape aku malas sgt2 nak follow diaorang. "nak rehat betul2'' tu alasan yang aku bagi pada mak setelah 2 ari aku terbalik terbongkak terlungkup tido tak menentu...tido kat R&R...makan dalam kete...huhu....

Oppssssss.....jgn nak tukar topik yer...., ni nape lah semua gambar2 ni boleh sama dengan situasi keadaan ..eh segalanya lah...dengan apa yang ada di majlis kenduri kawin sedara aku tu?. Gambar2 yang aku maksudkan ni aku dapat dari FACEBOOK!!!!!!. Rakan facebook aku ni...errmmm..mcm mana nak cete ekk.....kira close la...selalu jugak keluar.....huhu.....

Alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!...adakah???????????? sedara aku kah?????? adehhhhh....................rasanya betul kot....erkkkkkkkkkkkkkkk....
Nak calling dia ke...perlukah???? ermmmm...apa nak buat ni ek......toing...toing....toingggg...........

Sunday, June 5, 2011

Tangisan + Tangisan + Tangisan = Kesedihan

Sedih......
Ada kesedihan yang tersembunyi dibalik wajah manis riang.
Bukan hipokrit tapi cuba bertahan selagi daya.
Cuba memancar senyum namun mata tidak menipu akan isi hati yang sedang basah.
Pelbagai kesedihan yang singgah di setiap hati insan diluar sana.
Sedih mengundang tangisan...
Ada tangisan gembira.
Ada tangisan tanpa sebab.
Ada tangisan penyesalan.
Ada tangisan rindu.
Yang pasti.....tangisan KEHILANGAN...pasti membawa kesedihan yang dalam. 
Tidak mampu disembunyikan lagi.......


Ya....mata itu.............tidak mampu bersembunyi...


 
.
.
.
.
.
.
.

 Tiada daya bersuara....hanya titisan mengiringi sendu yang semakin menggila..


yang kian mendalam........................

.
.
.
.
.
.
.

  Bukannya anak kecil menangis comel..minta dibelai...namun punya air jernih yang sama mengalir deras tanpa tertahan....



 Mahu saja menjerit sakit pabila kesesayuan hati membanjiri luka pedih hirisan belati yang tidak mengenal erti kasihan. Itu erti kesedihan buat mereka yang ditinggalkan setelah lama dibajai dengan kasih sayang. Dada itu sesak sekali...., pengorbanan yang akhirnya mengorbankan sekeping hati tidak bersalah.

.
.
.
.

Kadang membuah kemarahan....yang akhirnya mengundang dendam yang terpendam.


 Buat hati mati.
 Perasaan juga mati.

*
*
*
*
*
Sepi.........hati jadi sunyi sepi.......



kelam....tiada warna..........

 

Dunia baru ku

Aku ni baru dalam dunia blog mem belog dan terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Semalam cuba daftar kat nuffnang tapi tunggu punya tunggu tak ada plak dapat email. Ni aku tak tahu nak buat apa. Lagipun aku tak ada kawan terdekat yang membelog erkkkkkkkkkk..............ye ke? Aku tak pasti lah...mungkin ada cuma aku je yang tak tahu.

Kenapa aku buat blog?
Sebab kadang kala aku suka menulis apa je yang berlaku dan satu hari terbaca cete RED MUMMY blog dalam news paper. Bukan saje nak ikut mahu pun terikut2 cuma ia menjadi pencetus idea untuk wujudkan 'dunia' aku sendiri. Setelah sekian lama mem belog ( ermm...ayat macam da lama jer ek ) sedikit sebanyak aku tahu dunia blog ni...ermmmtau sikit2 je huhuhu....

Saturday, June 4, 2011

Hati ini....

Sekeping hati disapa...dibentuk2..dihias...dibaja...diwarna dengan keriangan. Awalnya hati hanya meminjamkan namun alunan kasih sayang membiarkan saja terbang dengan alunan muzik indah. 
Tanpa sedar hati kini ditengah lautan nan terbentang luas ahhhh..indahnya kerana hadirnya disisi tetap menemani walau badai melanda. 
Suatu hari, mata yang indah dibuai kasih sayang ini terbuka......dia tiada........
Dia tiada..........
Sesungguhnya dia memang tiada lagi disisi......
Bagaimana harus meneruskan sedangkan perahu sentiasa dioleng ganas dilautan tanpa tepi.
Mahu saja menjerit...mengapa?????
Remuk....berderai2....
Berharap hembusan bayu membawa lagu sendu ketepian...
Masih mengharap.....masih.........


Monday, March 28, 2011

.........sabar

Kesabaran itu ada tahapnya, pabila sabar yang mengunung seringkali di anggap satu kelemahan diri, maka diri senang saje di perkotak katik kan tanpa perasaan.
Lupa agaknya dalam tubuh manusia itu terletaknya sekeping hati yang bernadikan perasaan. Perasaan juga tidak semestinya riang gembira selalu.
Kesabaran yang mulanya dibajai disirami dengan air perigi nan sejuk boleh saja menjadi panas mendidih melahar bila disinggahi oleh panahan mentari.

Wahai hati......bersabar lah....beristighfar lah demi mencari kedamaian jiwa.
Wahai hati...tenanglah...

Sunday, March 20, 2011

Tepunya

Hati meronta nak menaip tapi serba tak kena je dari tadi. Last sekali tak tahu nak luahkan apa hari ni...adehhhh. Ni kepala da tahap tepu gaban agaknyer.

Ermmm....betul lah...semuanyer berpunca dari kefala hutak ku hari ini dipenuhi dengan pelbagai perisa. Masam...manis...kelat...pedas.....payau!!!????.

Pernah tak korang berhadapan dengan perasaan macam ni?. Sampai tak tahu mana satu nak didahulukan.. Biasanya aku tinggal je semua.....aku layan mata.....errmmmm bukan tido ok.... Membaca jalan terbaik bagi diri ku ini...hehhee...
Sekian wassalam....

Saturday, March 19, 2011

Maaf kerana......




Boleh kah memafkan kesalahan seperti ini?
Tergamakkah meminta maaf setelah membuat orang jatuh cinta?
Sanggupkah......
Mengapa.....
errrmmmm............

Syukur

Lately ni asik terima panggilan yg tidak dikenali jerr...yang akhirnya akan berkata ''maaf sya tersilap nombor''.

Juga manghadapi 2 kejadian ..insiden....malapetaka...erkk boleh ke guna ayat tu?.
~Cermin kete kena pecah dan 1 bag dokumen hilang.
~ Sondol kete orang.
Errmmmm???

Ada juga bencana2 lain..tapi rasanya tidak lah seteruk apa yang dah menimpa kawan kita di jepun sana.
So....aku kena terima ...kena telan apa jua masalah...kerana...wlau macam mana pun kita lari...tak suka dengan masalah, masalahnya....MASALAH akan tetap datang menziarahi kita.

Syukur masih dapat menikmati NIKMAT tuhan...masih bernafas, wlau pelbagai masalh menimpa,segalanya penuh dengan HIKMAH. hanya  DIA yg maha mengetahui sekalian alam.


Alahamdulillah.....syukur...

Friday, March 18, 2011

Saje menulis....

GAGAL
Orang yang tidak bangkit pabila jatuh.

BERJAYA
Orang yang bangkit semula pabila jatuh.

PANDAI
Orang yang bijak meluaskan peluang dalam hidupnya.

MALAS
Orang yang tidak mahu bertindak.

EGO
Orang yang akan kehilangan segalanya kerana keegoannya.
Orang yang hidup dalam dunianya sendiri.
Merasakan dirinya sentiasa betul.
Ermmmm.....teruskanlah ego tu kalau mahu rasa kehilangan orang tersayang!!


Sekadar coretan,tiada kaitan dengan sesiapa.


Makan,makanan,pemakan,pemakanan.....(errmmm....tak tahu nak letak tajuk)

Semua orang suka makan....ermm semua ke?. Ya, memang tak semua tapi aku kategori pemakan(kuat makan). Dari kurus keding masa remaja hingga ke hari ini badan kejap naik...kejap turun....memang suka mencuba apa je makanan.

Menjadi lebih seronok...my kecintaan pun lebih kurang sama je dengan aku. Suka manjakan aku dengan apa je makanan yang aku gemari. Dari seafood hingga ke Mediterranian food...semua dia layan dengan kehendakku. Ini bukanlah menunjukkan aku seorang yang suka makan sampai tak henggat!!!. Masih berpada-pada....cuma aku jenis suka mencuba apa jua jenis masakkan. Rasanya tak salah kan.....sekurang-kurangnya aku membantu ekonomi para pekedai serta restoran yang ada.








Dulu aku suka mencuba pelbaga resepi...juga mengubah suai resepi yang ada hehehee.... Adik2 aku lah orang paling gembira, dapat merasa resepi baru. Kini aku dihambat dek kerja yang membuatkan dapur ku tidak berasap...hahaha....


Adik ku yang kedua pun punya kepandaian tersendiri. Dia lebih kepada bakery. Terkejut juga melihat kehebatannya membuat pelbagai jenis kek. Kek kawin, bday kek, cupcake,muffin.handmade choc...ermmm macam2 lah....Huhhh....dulu nak ke dapur pun malas. Ikan kembung pun dia tak kenal mana satu.











Ni contoh yang telah dihasilkan dari tangan adikku....bangga nihhh...hehe..., sedap tau seyes!!

Masa itu.............

''maaf...sya tak ada masa''
~ Allah dah beri kita masa 24jam, mengapa kita perlu merungut atau membuat alasan tiada masa?
''tak terkejar masa.....penatnyerr..''
~ Kita tak mampu mengejar masa, hanya mampu isi atau imbas semula apa yang dah kita isi dalam masa2 yang lepas.
''kalau la aku boleh undurkan waktu(masa)''
~ ahhh.....jangan nak merepek lah.....
''masa itu emas''
~ yeke? errmmm....aku rasa masa tu lebih mahal dari emas.


kedai mamak ~ ihsan google
Kalau korang rasa 24jam tu tak cukup, aku sarankan korang pi cari kedai mamak 25JAM. Ada lebih 1jam lagi....hahhh!! 25jam???? erkkkk........lalu dengan tak malunyer aku pun bertanya...
''mana awak letak 1jam lagi tu?''
'' awak nampak itu dinding sana''. seraya dengan pantas ku menoleh mengikut telunjuk jari tangan sedepanyer itu.


arrow pengganti tangan mamak...sb tak tergamak nak tunjuk tangannyer yg ber***u tu...





yerr....dinding...ermmm
''kenapa dengan dinding tu?''
'' awak nampak itu jam besar''
yerr jam...aku nmpak...

~ nak main teka teki ke....suspen betul
''yer saya nampak jam tu....tapi kenapa?''
'' 24jam tambah itu jam besar jadi 25jam lah.....''.






@%*##^!!#~^$$???%#@@&*.........




~ erkkkkkkkk.....no komen!!!







Tuesday, March 15, 2011

Menyibukkan diri + letih = mencutikan diri sendiri!!!!

Lama tak mencoret hanya sekadar menjengah, itu pun tak lama. Aku dilanda kesibukan yang ntah apa2...hehe..ishkkk macam tak ada matlamat je kan. Ermm...betul ni...sungguh....cuba menyibukkan diri agar terlepas dari godaan fikiran yang terlampau ( wahhh....ayat macam tak hengatt ). Andai kita cuba mengalih fokus ke tempat lain....nescaya diri ni dilindungi daripada masalah OTAK yang tak pernah berhenti dari terus terusan berfikir yang bukan2.
Perkara pertama:

mini ofis kat umah

~ Mata,telinga, semuanya fokus tahap maksimum pada keje untuk sampai ke matlamat yang di impikan. Kadang2 fokusnya agak lari jgak ler.....lari ke Facebook! adehh....

tapak karnival

~ Melawat tapak Karnival Keusahawanan....meriah betul. Masing2 tak lepaskan peluang mempromosikan produk yang dibawa. Hingar bingar suara tuan tapak penyewa berteriak untuk mencuba menarik pelanggan. ...tudung2!!!...kopi!!!....susu segar!!!....mee goreng!!!...hah?? mee??? erkkkk...silap....penjual mee relak je tak jerit2...sebab sibuk menggoreng so tak sempat nak beradu suara. Aku....hanya mampu berdiri memerhati gelagat orang....,aku....setia berdiri dibawah khemah 20x10 yang telah ku sewa! hehe... Sibuk melayan dan meng consult orang yang menghampiri khemah ku untk mendapatkan keterangan tentang kesihatan kerana aku dan rakan ku Ima membuat kaji selidik kesihatan wanita masa kini...wahhhhh bunyi macam hebat je kan......hahaha....


saje nak interframe
~ Cuba melarikan diri sebentar demi menjaga...errmmmmmm...jaga apa ek? jaga kapla yang hampir penuh dek mengkejekan diri sendiri...hahhaa...ada plak ayat macam tu. Pape lah...asalkan aku boleh refreshkan tubuh badan serta kapla hutak ku ini...hihi..tapi nak pi mana??? uhhhhh.....jalan je lah....

lawanyer baju putih ni errrkkkk.....

~ Jalan2 cari baju nikah oppppssssssssss......takdelah..baju biasa2 je....ehemmm....hihi


macam best jerr kannn...

~ Mencutikan diri... yeayyy!!!!..., uishhhh...kemana tu cik ita? biarlah rahsia...hahaha....

Sunday, February 13, 2011

ntah pape ntah

Banyak hari dah aku tinggal belog ni...bagai sebuah rumah terpencil...tiada sesiapa yang tahu kewujudannya....nape lah ayat skema sangat ni. Ermm.....terlalu banyak cete yang aku lalui 2 3 arini, suka mahupun duka.
Pagi2 aku dah menuju ke melaka. Ada seminar digital marketing. Banyak info tentang bagaimana untk kita kembangkan perniagaan.
Aku pasti ramai yang tak buat benda ni....ambil/simpan data pelanggan. Ramai yang berbunyi.....''buat apa nak ambil...aku cuma buka car wash je''. Nak jadi cete....speaker sharing tentang seorang kenalannya yang telah maju membuka perniagaan car wash. 50k every month!!!!!!!!!! wowwww....
1 day..tuan tanah kedaung tempat dia sewa tapak minta 2minggu untuk kemas kini tapak dan penyewa perlu keluar sebentar. Selepas 2minngu tempat berpagar dan...............dengan selamberrrr..tuan tanah kedaung tu kata ''ini tanah...saya punya anak mau berniaga''. erkkkkkk...boleh ke macam tu?. sukati dia je kan....( tuan tanah tu peduli apa.....sape suruh ko sewa...dah naik kan sewa smpai 5k pun x faham2 lagi).

So dengan lemah longlainya....(agaknya la...)...tauke car wash tu mencari tapak lain...akhirnya dapatlah dia buka semula tapi dia perlu bermula dari bawah sperti dahulu....
Bayangkan.........jika tauke car wash tu ada data pelanggan2nya.....mesti dengan riak lg bangga senyum pabila mendengar tuan tanah kedaung tu menghalau ( erkk.....mcm extream sangat jer....lebih kurang lahhh). Dia boleh hantar msg kepad semua pelanggannya yang perniagaannya berpindah tempat.....ermmm....mudahkan...
Kadang2 kita tak nampak perkara2 kecil seumpama ini.........ermmm...moral of the story......lepas ni aku akan simpan data pelanggan2 aku dalam 1 sistem. Sangat2 membantu jika aku ada produk / info terbaru untuk disebarkan kepada pelanggan yang sedia ada.

Sunday, February 6, 2011

My monday

7.30am ~ salam..morning sayanggg....sihat?. Bla...bla...bla.....
8.30am ~ salam...uit ita pe kabar....ko ada call aku yer?...bla...bla...bla...

Happy nya....pagi2 2 orang yg paling rapat meng calling aku. 1st my kecintaan dan yang kedua ialah sahabat baik.
Kafala yang mulanya penuh dengan segala macam ragam duniawi.....hurmmm...reda skit. Terima kasih..korang memang the best!!.
Adeh!!!......kafala ku mulai fining....ragam duniawi yang tadinya ku pikirkan beredar jauh rupanya masih disitu menunggu dengan setia...minta dicanai...dilerai...dihias....lastly..mahu dikukus atau dibakar hingga hangus!!! ughhh....lapar....

nak makan ni ke....

sedap jgak ....hurmm



Choc!!!!...dari dapur my sister...nyumyyy


Bismillah...

Boleh sabar tak?

Rindu..
Macam mana bentuk rindu tu?
Apa rasanya...manis, masam, pahit..payau?
Rindu banyak ke sikit?
Ishkkk..banyak tanya plak...

Rindu lagi.. .
Ada apa dengan rindu?
Tak boleh ke kalau tak rindu2 ni..haishhhh...
Ada ke orang mati disebabkan rindu gila?
Orang gila pun tak rindu2 macam kamu.

Eh...rindu lagi ke...
Ermm...boleh sabar tak?

Erkkkk.......

ye la...






Saturday, February 5, 2011

Bila agaknya batuk ni nak reda...buat tidurku tak lena. Dah terjaga macam ni memang susah lah nak lelap semula. Lappy ni jgak yang ku cari dan..toingg...mem blogging hehe...tiba2 teringat detik2 manis pecutian di bukit tinggi tahun lepas.

macam dalam cete kartun kan...

Sejuk mata memandang



nice.. 
suasana romantik

kalau lah boleh diulang semula saat2 indah tu..ermmm...kenangan yang tak akan dilupakan. haishh...rindu plak pd sidia....wake up ita!! jangan dok berangan je....ermmm...hamba nak beradu lah...bye..

Ubat + mem blogger = Mamai!!!!!!

Ntah apa ke jadahnya sejak ada blog sendiri ni aku jd terlalu xtream mem belog...hakikatnya aku dalam keadaan mamai (baru lpas pekena ubat la bai..). Aku terus terusan mem belog walking walhal aku boleh menidurkan diri. Ni list belog2 yang aku lawat :~
http://redmummy.com
http://honeykoyuki.blogspot.com/
http://khayranyfadzlyny.blogspot.com/
http://whitecappuccinol.blogspot.com/

Banyak lagi yang lain. Seronok wehh rupanya jelajah belog org ni.
Adehh!!!!!!!.....diriku semakin layu...mataku semakin terkatup bak semalu....kepala ku? hampir bengong!! hahahaa......dengan ini terpaksalah aku melayan mata. Banyak yang nak aku share tapi apakandaya...uhuk3.
Ok seperti biasa lagu dan diriku ibarat aur dengan tebing. Ni aku nak share lagu untuk hari ini..selamat mendengar.

Friday, February 4, 2011

Rasa kecintaanku semakin mendalam. Ya Allah...berkatilah kami...semoga dipermudahkan segalanya.
Terasa nak kongsia lagu ni...denagr lah...


Kalau cinta....kalau tak....goodbye je la....hehee

Thursday, February 3, 2011

ouchhhhhhhh......my belover dah pulang dari indonesia.....ya iya lahhh....dengan penuh rasa kecintaan yang tinggi..terus drive yang jauhnya about 2XX km..lebih kurang la.....akan mem pickup aku ke klinik (erkkk dia pun batuk2). Walau telah membuat hati ku hampir hangus disebabkan meninggalkan aku untuk horay2 dengan teman2 nya....hatiku kembali cair dengan kasih sayangnya itu. Ok...im waiting....uhuk3...batuk pulak.
 Terngiang2 lagu ni plak...ermm? nak tau jgak ke? ok2....nah kita dengar sama2 yer..:)


Memang asyik je bila dengar lagu ni.....bertambah romantikus nyer diriku....
errkk...apa tu ek...:)
jom minum...
Cuaca diluar tu macam nak hujan buat aku malas nak keluar kemana2..(memang musim hujan dan banjir pun...cehh alasan tipikal). haishhhh belum abis cakap ni....ermm...ditambah batuk + demam = buat aku jadi tak cun. aku memang suka memuji sera membangga diri sebab tak perlu kembang semangkuk menunggu pujian orang ahakkkks...
Walau pun cuaca macam tak berapa nak ceria aku mencari sesuatu untuk menceriakan diriku ini. Perkara yng biasa akan aku buat..jeng..jeng...jeng.....layan lagu lahhhhh....tiba2, 1 lagu ni benar2 meruntun jiwa...bukan tu je, menyegarkan jiwa hati dan perasaan ni. Nape? tak caya? ok2....nah aku adiahkan....dengar yer..


Dengar liriknya...fahami....tersurat dan yg tersirat.... walau apa pun ujian..dugaan..halangan yg sedang kita hadapi..laluilah dengan tabah....telah dijanjikan tuhan...segala pahit akan ada manisnya bagi orang2 yang sabar. Ingat tu...hanya kepada yang sabar je tau.

My Holiday

Holiday kali ini aku hanya mampu bertahan mendengar keseronokkan serta keriangan orang lain...erkkk...mampu ke? Sabar tu separuh dari iman, ermmmm...besabar la wahai hati, tak lama...beberapa jam je lagi. Apa aje la yang aku tunggu yek....pape pun tahap kesabaran aku sentiasa diuji. Syukur....aku ada terbaca, digalakkan sentiasa bersyukur walau apa pun berlaku, nikmat kesyukuran yang Allah beri tu teramat lah besar, hanya mereka yang benar2 memahami dan mendalami akan faham ertinya SYUKUR.
Ishkkk....terasa macam baik pulak aku ni..hehe....sebenarnya terasa bosan sangat..disaat aku terlentang demam sorang dirumah, mak,abah,adik...diaorang meramaikan diri ke Pengkalan Balak Melaka. Ni ala2 Family Day keluarga belah mak aku...maaf mak..anakmu ini dalam keadaan gering...ehhh...bunyi macam tak agak2..hihi.
Pengkalan Balak Melaka ~ alahai bestnyer.....rasa nak terbang je kesana...
Saje nak tambah perisa, hari ku bertambah bosan lagi memilukan bila my belover berada di obersi (indonesia je...bukan jauh sangat pun). Jauh la jgak....baru dapat panggilan..dia baik baik aja....ya iya dong...aku aja yang dalam kekusutan..
hanya mampu memandang.....postcard...ermm..
 Esok...semua yang tercinta akan pulang..wahhhhh tak sabarnya...I love u all muahhhhhhh...