Sunday, January 1, 2012

Comel dipandang sedap di makan

Baru mencuba menguli mengadun...apam polkadot!!! hehehe nama pun da comel kan. !st time nampak je 'wajahnya' aku dah tertarik dengan kepantasan jari mencari resepinya. Rasanya sudah lebih dari 5 kali mencubanya dan ada juga yang meng oder wahhhhh......laku jugak yer...hehe...
Nampak mudah tapi try la buat...agak remeh cuma aku mampu bertahan dek kerana suka men deco...men dot dot dgn pelbagai warna ( ikut suka aku )....seronok...sungguh ni.



taraaa.......cumelll kan....ok ni resepinya:

275gm tepung
220gm gula
3 biji telur ( sejuk dari peti ais )
150gm susu segar
3camca baking powder (ayak bersama tepung )
1sudu kecil ovalette
filling - ikut suka nak letak inti apa
pewarna - terpulang ikut warna kegemaran masing2
esen vanilla

caranya:

Pukul putih telur sampai kembang then masukkan esen vanilla dan ovalette.,,pukul lagi.
Masukkan kuning telur, gula.Bahagi bahan berapa bahagian mengikut warna anda.
Masukkan dalam pipping bag then picitkan ke dalam paper cup 1/3. Picitkan filling barulah picitkan semula adunan menutup filling hingga 3/4 cup. Dot dot kan mengikut pilihan hati anda. Kukus 10-15minit.


Selamat mencuba...

Erti tahun baru

Selamat menyambut tahun 2012. Kenapa tidak aku sebut tahun baru...ntah aku tak pernah menyambutnya sebab bukan ke kita sudah pun di dalam tahun baru islam? Ermmm...tak apa..penerimaan tiap individu berlainan. Azam? tak pernah juga memasang azam...hanya cuba melaksanakan juga menjalani kehidupan yang jika sebolehnya lebih baik dari sebelumnya.

Aku selalu berimiginasi.....membayangkan graf kehidupan aku...sama ada mendatar hingga ke akhir hayat atau naik wlau ada liuk lekuknya.





Pelbagai perkara telah aku buat demi menambah nilai diri ini...semuanya atas rasa kepuasan hati sendiri.
Alhamdulillah....aku sedang mendaki dan dalam fasa membina 1 lagi potensi diri yang aku ada tetapi selama ini hanya dibiarkan layu kaku....( hehehe...ayat skema betul.....)

Dunia blog ni amat berlainan...aku bebas menulis apa saje. Amat2 berterima kasih kepada http://whitecappuccinol.blogspot.com/ kakak alam maya yg sentiasa sudi singgah blog aku yang masih baru dan naif dalam dunia blog ini.
Nak tq juga kepada http://www.benashaari.com/ yang sungguh popular..bukan kerana ke popularannya aku mengikuti blognya...belajar dengan org yang berjaya jika mahu berjaya...itu peganganku betul tak kakak white cappucino? hehehhe.....
1 lagi blog yang aku suka lawat ialahhhhh.... http://nanirostam.blogspot.com/
orangnya sangat jelita menawan pandai pulak memasak. Beliau idola aku...aku harap 1 hari nanti aku aku seusia beliau...aku akan sepertinya...kekal jelita hehehe....ermmmm aku nak inner n outside yang cantik ler....huhu

Ok... pnjang lebar juga aku mengomel...ingat tadi nak menulis sedikit je sementara kerja dapur clear....hehe..