Sunday, January 1, 2012

Comel dipandang sedap di makan

Baru mencuba menguli mengadun...apam polkadot!!! hehehe nama pun da comel kan. !st time nampak je 'wajahnya' aku dah tertarik dengan kepantasan jari mencari resepinya. Rasanya sudah lebih dari 5 kali mencubanya dan ada juga yang meng oder wahhhhh......laku jugak yer...hehe...
Nampak mudah tapi try la buat...agak remeh cuma aku mampu bertahan dek kerana suka men deco...men dot dot dgn pelbagai warna ( ikut suka aku )....seronok...sungguh ni.



taraaa.......cumelll kan....ok ni resepinya:

275gm tepung
220gm gula
3 biji telur ( sejuk dari peti ais )
150gm susu segar
3camca baking powder (ayak bersama tepung )
1sudu kecil ovalette
filling - ikut suka nak letak inti apa
pewarna - terpulang ikut warna kegemaran masing2
esen vanilla

caranya:

Pukul putih telur sampai kembang then masukkan esen vanilla dan ovalette.,,pukul lagi.
Masukkan kuning telur, gula.Bahagi bahan berapa bahagian mengikut warna anda.
Masukkan dalam pipping bag then picitkan ke dalam paper cup 1/3. Picitkan filling barulah picitkan semula adunan menutup filling hingga 3/4 cup. Dot dot kan mengikut pilihan hati anda. Kukus 10-15minit.


Selamat mencuba...

2 comments: